Tuesday, 9 February 2016

Kembara Mencari Cinta (Bahagian 4)






Bahagian 4 : Sebuah Pertemuan


Aku meletakan kotak-kotak kosong kembali ke dalam almari. Aku kemudiannya memandang keadaan ruang tamu rumahku itu. Rumah ni tak lah besar mana, memadailah untuk aku seorang. Baru dua hari lepas aku berpindah ke sini selepas hampir sebulan aku menetap dirumah Pak Long sementara kakiku sembuh. Aku sudah keluar dari rumah Alvin. Aku tak mahu lagi tinggal bersamanya. Telah tiba masnya untuk aku kembali ke jalan yang benar. Aku perlu tunggalkan dunia yang dibelenggu dosa itu. Aku sudah menceritakan semuanya pada Pak Long. Dia lah satu-satunya saudara yang aku ada selepas arwah mak pergi sebulan lepas. Dia menerima aku seadanya dan bersedia membantu aku untuk berubah. Kini aku juga telah berhenti dari syarikat aku yang dulu dan telah bekerja ditempat lain. Ini hanya kerana aku ingin mengelakan diri dari Alvin. Dulu pun ketika aku kembali kerumahnya untuk mengambil barang-barangku dia tiada dirumah. Aku tahu dia sedang sibuk mencariku. Dia amat cintakanku, aku tahu itu, tapi aku tak boleh lagi hidup seperti dulu, aku berbeza dengannya. Aku ada agama, agama suci yang perlu aku jaga kesuciannya.
            Aku kemudianya lantas mencapai kunci kereta dan menuju ke luar, aku mahu membeli barang dapur pula. Sedang aku mengunci pintu rumah, aku terpandang jiranku yang baru pulang dari tempat kerja.  Gadis dalam lingkungan umur sebaya denganku itu tersenyum padaku. Aku tersenyum kembali padanya.
            “baru balik kerja ke?” soalku ramah. Gadis itu mengangguk sambil tersenyum.
            “baru pindah ya.” soal gadis itu.
            “ya, baru dua hari lepas. oh ya, saya Huzaimie, panggil Amy je.” ujarku menghulur salam perkenalan.
            “saya Zarina.” balasnya pula.
            “duduk seorang ke?” soalku lagi.
            “eh..tak, berdua dengan kawan. Dia ada di dalam.” balas Zarina lagi. Aku hanya tersenyum.
            “baiklah, saya nak keluar ni, pergi dulu ya.” balasku pula. Zarina hanya mengangguk dan tersenyum. Aku lantas terus bergerak ke lif dan turun terus ke tingkat bawah apartment ini.



            Dua bulan berlalu, kini hidupku lebih tenang. Aku makin dekat dengan jalan Allah, Pak Long banyak membantu. Aku sedar aku masih jauh, tapi aku yakin aku makin menghampirinya. Perlahan aku mendaki tebing tinggi lembah hina ini untuk naik semula ke permukaan selepas bertahun aku terperangkap di dalam lembah noda ini. Sedang aku asyik membaca kitab-kitab agama pemberian Pak Long, aku dikejutkan dengan bunyi ketukan dipintu. Perlahan aku melangkah keluar dari bilik dan membuka pintu. Aku terpaku disitu melihat wajah lelaki yang sedang berdiri tegak dihadapanku.
            “Alvin..”
            “Amy!! finally I found you. Where have you been ?! I’m searching you like a mad person all over the place….Amy….I really miss you.” ujar Alvin sambil terus mendakapku. Aku yang masih terkejut tak mampu menolak.  Bagaimana dia tahu aku ada disini?.
            “Alvin..” ujarku lembut sambil menolak badannya.
            “Alvin, I can’t. I dah tak macam dulu. I’ve changed.”
            “What do you mean you’ve changed? Amy, I do love you. I really love you . Don’t leave me like this. I can’t take it. Please.” rayu Alvin. Tanpa ku sedar, Alvin menarik tubuhku rapat ke tubuhnya dan terus mencumbuiku. Aku kaget. Aku sedar aku tak boleh lakukan ini. Tapi nafsuku ridukannya. Sedang fikiranku bergelut dengan nafsu aku terpandang seseorang berdiri tegak berhampiran dengan kami. Aku cemas. Zarina!! lantas tubuh Alvin ku tolak kuat dan terus memandang Zarina.
            “Za…Zarina.”
            “So..Sorry.” ujar Zarina sebelum kembali semula ke lif.
            “Who’s that girl?!” soal Alvin. Aku memandang Alvin tepat.
            “Alvin, look…” ujarku perlahan. Sudah tiba masanya aku selesaikan semua ni. Aku tak boleh terus melarikan diri macam ni.
            “perempuan tu tak ada kena mengena dengan kita. Dia jiran I.”
            “Alvin, I tak boleh nak teruskan hubungan kita. I tak boleh.”
            “but why, I love you and I really sure you love me, right?”
            “we’re different. I’m muslim. I tak boleh buat semua ni.”
            “why now? kenapa baru sekarang you nak fikir soal agama. Come on Amy. Please don’t do this to me.”
            “ Alvin, I know you love me. I know you love me so much, but I’m sorry, I sekarang tak sama macam I yang dulu. I dah berubah. I tak boleh bersama you lagi. I’m sorry.” ujar ku lagi.
            “Amy!!” Alvin separuh merayu. Aku jadi tak sampai hati melihat Alvin begitu.
            “I belive there is a lot of guys out there waiting for you. They are lot better than me.”
            “but they are not the same as you.”
            “they are not the same, but they are better. Please Alvin. Forget me. I cannot be with you again.” pujukku.
            “Amy, please.”
            “goodbye Alvin.” ucapku sebelum kembali masuk ke rumah ku.
“Amy, wait!!” Alvin cuba memanggilku namun tidak kuendahkan. Pintu lantas ku tutup rapat. Hatiku terasa sakit. Mungkin benar sebenarya aku juga ada perasaan sayang pada Alvin. Tapi aku perlu segera sedar, aku tak boleh bersama dengan Alvin. Tak boleh!!


Aku terdiam seketika dimuka pintu sebaik ternampak Zarina yang juga kebetulan keluar untuk ke tempat kerja. Lantas peristiwa malam tadi terimabas diingatan. Zarina dah nampak sesuatu yang tak sepatutnya dia nampak. Zarina juga memandangku sebelum tersenyum sedikit dan terus berlalu pergi.
“Zarina..” panggilku. Zarina memberhentikan langkah dan menoleh ke arah ku. Aku menghampirinya.
“Zarina, pasal malam tadi tu….”
“awak tak perlu terangkan apa-apa, itu hak awak. Awak ada hak nak buat apa yang awak suka.” ujar Zarina ringkas sambil meneruskan langkahnya. Aku lantas menyaingi langkahnya.
“awak, walaupun awak cakap amcam tu, saya tetap nak terangkan pada awak. Saya mengaku, saya seorang gay, tapi tu dulu, saya dah berubah sekarang. Lelaki semalam tu bekas teman lelaki saya, saya pindah ke sini pun sebab nak jauhkan diri dari dia. Tak tahu kenapa dia boleh jumpa saya disini. Apa yang awak nampak malam tadi semua tu diluar kawalan saya.”
“awak, saya tak kisah. Apa awak nak buat, awak buatlah. Tak ada kena mengena dengan saya pun.” balas Zarina lagi. Aku kalau boleh tak mahu Zarina berfikiran yang begitu mengenai aku. Aku mahu mulakan hidup baru disini dengan tiada siapa yang tahu mengenai perkara itu. Tapi nampaknya itu tak akan berlaku. Zarina dah tahu dan aku tahu Zarina akan membenciku.
“baiklah, saya tak boleh nak paksa awak percaya apa yang saya cakap. Cuma saya harap awak masih boleh terima saya sebagai jiran awak disini.” ujarku lagi. Zarina memandangku sambil tersenyum. Tanpa berkata apa-apa  dia terus masuk ke dalam lif dan mneinggalkan aku disitu. Dari tindakannya itu aku dapat rasakan dia tak selesa ada jiran tak normal sepertiku. Mungkin aku patut berpindah ke tempat lain.



Bersambung.....




p/s: ada tak readers aku ni yang bangsa cina???....heheheh...anyway.....Selamat Tahun Baru Cina.... Gng Xi Fa Chai, Xin Nian Kuai Le.....huhuhuhu




No comments:

Post a Comment