Saturday, 31 October 2015

Kembara Mencari Cinta (Bahagian 1)





Bahagian 1 : Cinta


Aku duduk bersendirian di kafetaria universiti. Tidak jauh kelihatan seorang gadis datang menghampiriku. Aku tersenyum padanya dan dia kembali senyum padaku.
            “Awak lama tunggu?” soal gadis itu.
            “tak sayang.” jawab ku dengan senyuman ceria. Ini Rania, teman wanita ku. Aku dan Rania kemudian berjalan meniggalkan kafetaria itu dan terus menuju ke tempat parkir kereta. Kami berdua masuk ke dalam kereta sebelum aku memandu kereta itu terus ke panggung wayang. Kami telah berjanji untuk menonton wayang hari ini. Rania adalah gadis pertama yang Berjaya mencuit hatiku ini. Boleh dikatakan cinta pertamaku. Rania seorang yang sangat cantik. Aku amat mencintainya. Dia juga mencintaiku. Aku tahu itu. Aku berasa amat bertuah kerana berjaya menambat hati Rania yang ketika itu menjadi rebutan pelajar-pelajar lelaki di universiti ini. Kemana sahaja kami pergi, kami akan menarik perhatian ramai orang.
            Usai menonton wayang, aku membawa Rania pergi membeli belah sebelum kami singgah di sebuah restoran untuk makan malam. Hampir setiap hujung minggu kami akan keluar bersama. Memang banyak duit yang aku habiskan untuk Rania, tapi aku tak kisah kerana aku amat mencintai Rania.
            “Awak, terima kasih sebab belikan saya baju ni.” ujar Rania lembut sambil tersenyum. Aku tersenyum senang memandang wajahnya. Manis sungguh senyuman itu.
            “Tak apa, sayang, untuk sayang, apa pun saya boleh belikan. Balas ku pula.” ya benar, aku sanggup buat apa sahaja demi Rania.


            Aku membaca khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dikirim oleh Rania. Aku tersenyum sendiri. Hari-hari biasa begini memang kami jarang berjumpa kerana jadual kuliah yang padat. DItambah pula aku dan Rania di dalam kursus yang berbeza. Jadi hanya SMS sahaja yang menjadi pengubat rindu sementara menuggu hujung minggu tiba. Kedengaran pintu bilik ku dibuka. Aku memandang kearah pintu, teman sebilik ku yang juga merupakan seniorku, Abang Syam masuk dengan tuala di kepala. Dia baru sahaja selesai mandi.
            “tu sengih seorang-seorang, mesej ngan buah hatilah tu.” ujar Abang Syam mengusik. Aku tergelak kecil dengan dengan usikan Abang Syam itu.
            “mestilah bang, dengan siapa lagi.” ujar ku pula. Abang Syam menyidai semula tualanya sebelum dia berganjak ke mejanya untuk membelek nota-nota yang dicatatnya di kelas tadi. Aku masih terus saling membalas SMS dengan Rania.
            “kau ni abang tengok sayang benar dengan si Rania tu.” ujar Abang Syam. Aku memandangnya sekilas.
            “mestilah bang, buah hatikan, mestilah sayang.”balas ku pula yakin. Abang Syam memandangku sambil tersenyum. Dia kemudiannya berganjak ke katilnya dan duduk dibirai katil.
            “jangan letak hati kamu pada dia 100% Amy, nanti terluka, sakit.” ujarnya ringkas sebelum merebahkan dirinya pada katil. Aku memandangnya seketika sambil memikir kata-katanya itu. Ya, aku tahu itu.Tapi aku juga tahu, Rania mencintaiku, dia tak mungkin akan melukaiku.

            Sedang aku duduk di bangku di luar bangunan Fakulti Kejuruteraan, datang seorang lelaki menyapaku.
            “Assalamualaikum, Amy?” sapa lelaki itu. Aku mendongak memandangnya lama memikirkan siapa dia, macam kenal.
            “Johan?” tekaku. Lelaki tadi tersenyum sambil mengangguk. Aku menghulurkan tangan untuk bersalam. Dia menyambut tanganku sebelum duduk disebelahku.
            “Kau pelajar kat sini ke? tak pernah nampak pun kau sebelum ni.” soal ku ingin tahu. Johan adalah sahabatku ketika aku masih menuntut di sekolah dulu.
            “eh tak lah, aku datang sini dengan pensyarah aku. Dia ada urusan disini.” jawabnya. Aku mengangguk faham.
            “ Kau apa khabar? sihat?” soal Johan mesra.
            “Alhamdulillah, sihat.”jawabku pula.
            “Amy, aku tanya kau ni kau jangan marah tau.” ujar Johan. Aku mengerutkan dahi kurang faham.
            “kenapa? tanyalah.”
            “Aku dengar kau sekarang keluar dengan Rania ya?” soal Johan. Aku mengerutkan dahi lagi. Mana Johan tahu? macam mana dia kenal Rania?
            “ya, kenapa? macam mana kau tahu?” soal ku pula.
            “aku dengar cerita-cerita orang je. Jadi dah berpeluang jumpa kau ni, baik aku tanya kau terus.”
            “cerita-cerita orang?” soal ku tidak faham.
            “kau tak tahu ke?” soal Johan pula. Aku makin keliru. Kenapa? aku menggelangkan kepala.
            “Aku tak tahulah betul atau tidak, aku bukan kenalpun Rania tu, aku cuma dengar apa yang orang cerita. Rania tu sebenarnya ‘Playgirl’. Dia dah banyak kali tukar teman lelaki, kadang-kadang tu dua orang sekali gus.” cerita Johan. Darah ku menyirap mendengar cerita Johan itu. Hatiku panas. Rania bukan macam tu!
            “kau cakap baik-baik sikit Johan, Rania bukan macam tu. Aku kenal dia.” ujarku bernada keras.
            “ok…ok…maaf, aku tak berniat pun nak mengata dia, aku cuma dengar orang becerita. Aku pun tak tahu apa yang sebenarnya.”
            “Johan!!” kedengaran suara seseorang memanggil Johan dari belakang. Kami berdua menoleh serentak. Kelihatan seorang lelaki dalam lingkungan usia 40-an memanggil Johan.
            “oklah Amy, pensyarah aku dah panggil tu, aku pergi dulu.” Johan meminta diri sambil bersalam denganku. Dia lantas terus mendapatkan pensyarahnya itu dan terus pergi. Aku masih memikirkan kata-kata Johan. Tak mungkin, Rania tak akan buat macam tu. Dia cintakan aku, dia sayangkan aku. Dia tak mungkin buat macam tu.
            Enam bulan berlalu, kami sangat bahagia. Namun entah kenapa kini aku merasakan sedikit kalainan. Rania sudah tidak seperti dulu. Kami sudah jarang berjumpa. Kenapa? Aku cuba untuk tidak memikirkan persoalan itu kerana aku masih yakin, Rania mencintaiku. Namun fikiranku ligat memikirkan tentang cakap-cakap orang tentang Rania. Walau berkali aku cuba untuk tidak memikirkannya, perkara itu asyik singgah di dalam kotak fikiranku.
            “Apa dimenungkan tu?” soal Abang Syam. Aku tersentak dari lamunan.
            “tak ada apalah bang.” jawab ku ringkas sambil kembali menghadap komputer ribaku.
            “tak keluar dengan Rania hari ni?” soal Abang Syam. Aku menggelangkan kepala. Abang Syam memandangku.
            “kenapa ni? gaduh?” soal Abang Syam. Aku menggelangkan  kepala sekali lagi.
            “habis tu asal monyok je ni?” soal Abang Syam lagi. Aku memandangnya.
            “ceritalah kat abang, mana tahu abang boleh tolong. Tak baik tau simpan seorang-seorang macam tu. Nanti bernanah.” ujar Abang Syam. Aku tersenyum. Abang Syam memang pandai memujuk. Aku memang selalu kalah dengannya. Aku pun menceritakan segala yang terpendam dalam hatiku ini padanya. Rasa ringan sikit bila dah diluahkan.
            “tulah, abang dah cakap banyak kali dah. Jangan letak perasaan kamu pada dia 100%. Nilah sebabnya. Seyakin mana pun kamu pada dia, kamu tetap kena berhati-hati. Pergi jumpa dia bincang elok-elok. Kalau kamu pendam macam ni, sampai bila pun tak selesai.” ujar Abang Syam. Aku memikirkan kata-kata Abang Syam itu. Benar kata-katanya.
            Aku mendail nombor Rania berkali-kali. Namun tidak berjawab. Aku hairan, kenapa dia tidak menjawab panggilanku? tak pernahnya dia begini. Aku masih terus berusaha mendail. Sudah beberapa hari aku tidak berjumpa dengannya, berbual dengan telefon pun tidak. Rindu benar rasanya aku pada dia.
            Pandanganku tertancap pada seorang gadis yang jalan melintas dihadapanku. Aku tersenyum. Rania. Aku cuba mendapatkannya, namun langkahku kaku apabila aku ternampak dia bersama seorang lelaki. Aku kenal lelaki tu, Zul, rakan sekuliah Rania. Kenapa dia keluar dengan kekasih ku? Aku lantas mendapatkan mereka berdua. Ada yang perlu dibincangkan ni.
            “Rania.” panggil ku. Rania dan Zul memandangku.
            “Amy!!” Rania tersentak.
            “Rania, kenapa saya call awak tak jawab? awak buat apa dengan Zul kat sini?” soal ku. Aku memandang Zul tepat. Zul turut memandangku dengan pandangan bongkak.
            “Amy, look…”
            “Rania, awak tak khianati saya kan macam yang orang-orang cakap tu.” ujar ku lagi. Darahku bergerak laju. Aku dapat rasa ada sesuatu antara mereka.
            “Rania, you cakap sajalah yang sebetulnya pada mamat ni.” ujar Zul pula. Rania nampak ragu-ragu.
            “Rania, apa semua ni?” soal ku lagi. Zul kemudiannya bangkit dan berdiri disebelah Rania. Dia meletakan tangannya di pinggang Rania sebelum merapatkan tubuh mereka. Aku tersentak.
            “kurang ajar kau!!!” diluar kawalanku, aku melepaskan tumbukan tepat ke muka Zul. Aku benar-benar marah ketika ini. Zul yang berang dengan tindakan ku itu lantas membalas tumbukan ku tadi sehingga aku tersungkur ke lantai.
            “hei!! kau dengar sini!! Rania dah tak mahu kan kau lagi. Dia sekarang bersama aku. Dia cintakan aku.faham!!” herdik Zul.
            “Rania..”panggil ku meminta Rania memberikan penjelasan.
            “Amy, sudahlah tu. Saya tak mahu ada apa-apa hubungan dengan awak lagi. Saya dah ada Zul, dia jauh lebih bagus dari awak. Lupakan saya.” ujar Rania. Luluh hatiku mendengar kata-kata dari mulut Rania itu.
            “Zul, jom.” Rania mengajak Zul pergi dan meninggalkan aku keseorangan disitu. Tanpa ku sedar air mataku jatuh. Sangat aku tak sangka. Aku amat mencintai Rania dan aku yakin dia juga begitu. Tapi kenapa dia buat begini?! kenapa?! Rania saya cintakan awak, tolong jangan buat saya begini. Rania!!!!!
            Kedengaran pintu bilik ku dibuka. Aku tidak mengendahkannya. Pasti itu abang Syam. Aku terasa seseorang duduk di katilku.
            “Amy..” kedengaran suara Abang Syam lembut.
            “Amy, kamu ok tak ni. Betul ke apa yang abang dengar..” Aku yang tadinya baring mengiring ke kiri berpusing sedikit memandang wajah Abang Syam. Entah kenapa aku jadi semakin sebak melihat melihat wajah penuh ambil berat milik abang Syam. Aku bangun dan duduk bersila di atas katil.
            “dia dah tinggalkan saya.” ujar ku perlahan. Serentak itu juga abang Syam memeluk ku. Aku kaget. Tapi pelukan itu membuatkan air mataku jatuh. Abang Syam sangat mengambil berat perihal diriku. Dialah satu-satunya tempat aku meluahkan segala yang tersirat dihati. Tanpa paksaan aku membalas dakapan abang syam itu. Dakapan itu ternyata mampu mengurangkan kesakitan yang ditanggung oleh jiwaku.
            “Sabar ya Amy, abang ada kat sini untuk Amy, Amy lupakan saja Rania tu. Abang ada.” ujar Abang Syam sambil meleraikan pelukannya. Aku memandang wajahnya dengan penuh tanda tanya. Apa maksud di sebalik kata-katanya itu. Pandangan mata kami bertaut. Wajahku tiba-tiba berasa panas. Kulihat wajah abang Syam makin hampir dengan wajahku. Apa yang dia ingin lakukan. Selang seketika, bibir kami bertaut. Aku kaget! Apa yang Abang Syam cuba buat ni? dia cium aku? kenapa? mataku bulat. Ciumannya makin galak sehinggkan sukar untuk aku bernafas. Darah merahku menyirap ke seluruh tubuh. Aku keliru. Apa yang berlaku ni? Abang Syam menamatkan ciumannya dan memandang mataku tepat. Aku menarik nafas panjang. Jantungku berdegup laju. Nafasku kencang. Abang Syam merebahkan tubuhku ke tilam dengan perlahan. Dia tersenyum padaku. Aku masih keliru. Namun entah kenapa tubuhku seakan tak mampu untuk melawan. Abang Syam merapatkan wajahnya lagi ke wajahku, sekali lagi aku dicumbu. Dan malam itu bermulalah titik hitam dalam hidupku. Aku dinodai oleh seorang lelaki yang telah ku anggap macam abang kandungku sendiri. Bukan sekadar dinodai, malah dialah yang bertanggugjawab mencampakan aku ke dalam lembah noda yang sangat dalam. Kelembutan dan sifat ambil berat Abang Syam seakan Berjaya membuat aku terlupa yang hakikatnya dia dan aku sama-sama lelaki. Patah hati, kesunyian dan perasaan dikhianati membuat aku dahagakan kasih sayang dan belaiannya. Aku seakan tidak mampu untuk melawannya pada malam itu. Aku merelakan segalanya.




Bersambung...



p/s: bilalah aku nak dapat kerje ni??...arghhhhh...stressss!!!!!

p/s: jangan tanya aku pasal Bayu Arjuna......hmm....




No comments:

Post a Comment